Adakah anda berpuas hati dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini?
Kolej Pembantu Perubatan Alor Star, Kedah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1993 dan merupakan kolej yang ke 4 ditubuhkan di Malaysia selepas Seremban di Negeri Sembilan, Ulu Kinta di Perak dan Kuching di Sarawak.
Kolej ini mula beroperasi pada bulan Julai 1993 dengan bilangan anggota seramai 6 orang dan pengambilan pelatih seramai 91 orang.
Kini kolej ini telah berkembang kepada 490 pelatih dengan bilangan anggota seramai 37 orang.
Kolej ini ditubuh bagi menjana anggota sains kesihatan khususnya Pembantu Peubatan yang berpengetahuan, berkemahiran dan pengamal ciri-ciri profesionalisme dalam pemberian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Laman blog yang dibina ini secara tidak lansung memberi medium kepada para pelatih bagi kumpulan 22 untuk mendapatkan infomasi dalam pelbagai bentuk. Selain itu, laman ini juga secara tidak lansung merapatkan lagi jurang yang ada pada para pelatih dalam era teknologi pada masa kini.
Pendaftaran pelatih baru, KPPAS
1 July 2008 bermulalah kisah hidup baru bagi pelatih baru mendaftar. Seramai 120 orang telah disenaraikan oleh Bahagian Pengurusan latihan KKM untuk mendaftar di KPPAS.Cuma seramai 101 orang pelatih yang telah mendaftar termasuk Sabah & Sarawak
0 comments:
Post a Comment