Adakah anda berpuas hati dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini?
Lawatan ke pusat racun negara dan jabatan kimia cawangan pulau pinang
lawatan di Pulau pinang dihadiri semua pelatih kumpulan 22 kecuali beberapa orang disebabkan
masalah yang tidak dapat dielakkan.Semasa lawatan tersebut,3 buah bas digunakan bagi menampung seramai 94 orang termasuk 2 orang pensyarah.
01:49 | | 1 Comments
Pelatih ~ cuti ganti pada 23/12/2008
Pada 23hb disember 2008 seramai 4 orang pelatih KPPAS telah kembali ke Kolej untuk melengkapkan kehadiran 100% untuk menggantikan cuti sakit & anadoktal.
4 orang pelatih tersebut adalah Raymond, Mohamad Saifullah, Zairi, & Azahar. Raymond adalah pelatih yang pertama tiba di kolej pada 22hb 8 malam, diikuti oleh Zairi, Azahar dan Saiful pada keesokkan harinya. Kami telah ditugaskan untuk melakar pelan laluan kecemasan bagi blok asrama kolej. Pada 24hb kehadiran 2 orang lagi pelatih iaitu Sasi & Bakri.
23:21 | | 0 Comments
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN !
Keputusan peperiksaan akhir ( sumatif ) - Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar
*sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih besar.
19:48 | | 3 Comments
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SUMATIF
Keputusan peperiksaan telah pun keluar. Sila berhubung dengan Encik Shater. Sebarang info mengenai keputusan peperiksaan sumatif akan dikemas kini di dalam blog ini.
16:15 | | 0 Comments
DESAS DESUS
Khabar angin yang hangat semasa sesi pra-klinikal iaitu lebih kurang 60 lebih orang gagal dan 30 lebih orang lagi lulus dalam peperiksaan sumatif baru-baru ini. Adalah disarankan kepada para pelajar untuk tidak mempercayai fakta-fakta tersebut tanpa bukti yang sah.
Cemerlang Gemilang Terbilang!!!!
19:50 | | 0 Comments
Keputusan Peperiksaan Separa Perubatan bagi kursus Diploma Pembantu Perubatan
Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Menurut info daripada Encik Shater, iaitu penyelaras kumpulan 22 /2208 ~ KPPAS, mesyuarat telah dijalankan oleh BPL pada hari ini bagi membincangkan mengenai keputusan peperiksaan. Harap maklum.
19:38 | | 0 Comments
Kolej Pembantu Perubatan Alor Star, Kedah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1993 dan merupakan kolej yang ke 4 ditubuhkan di Malaysia selepas Seremban di Negeri Sembilan, Ulu Kinta di Perak dan Kuching di Sarawak.
Kolej ini mula beroperasi pada bulan Julai 1993 dengan bilangan anggota seramai 6 orang dan pengambilan pelatih seramai 91 orang.
Kini kolej ini telah berkembang kepada 490 pelatih dengan bilangan anggota seramai 37 orang.
Kolej ini ditubuh bagi menjana anggota sains kesihatan khususnya Pembantu Peubatan yang berpengetahuan, berkemahiran dan pengamal ciri-ciri profesionalisme dalam pemberian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Laman blog yang dibina ini secara tidak lansung memberi medium kepada para pelatih bagi kumpulan 22 untuk mendapatkan infomasi dalam pelbagai bentuk. Selain itu, laman ini juga secara tidak lansung merapatkan lagi jurang yang ada pada para pelatih dalam era teknologi pada masa kini.
Pendaftaran pelatih baru, KPPAS
1 July 2008 bermulalah kisah hidup baru bagi pelatih baru mendaftar. Seramai 120 orang telah disenaraikan oleh Bahagian Pengurusan latihan KKM untuk mendaftar di KPPAS.Cuma seramai 101 orang pelatih yang telah mendaftar termasuk Sabah & Sarawak
13:51 | | 0 Comments